Salam Pedoman & Iktibar
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Barangsiapa yang mengabaikan solat maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya"
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
2 ulasan:
Salam Pedoman,
Ustazah..... Takut saya apabila membaca artikal ini, saya selalu tidur pada petang hari, meinggalkan solat magrib dan isya'. Takut saya apabila membacanya. Tapi saya tak boleh tinggalkan tidur pada petang hingga malam. Macamna ya Ustazah. Boleh beri pedoman kepada peminat blog ini.
salam tanpa nama,
saya bukan Ustazah.. jauh panggang dari api untuk saya digelar dengan title itu.
nak buat camna kalau dah mengantuk kenalah tidur. cuma setlah waktu supaya jgn terlajak tidur hingga meninggalkan solat...
Catat Ulasan